Merdekakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, ada juga kesempatan dan ruang waktu untuk aku nukilkan coretan di ruangan blog yang sudah beberapa bulan menyepi. Agak sibuk dengan aktiviti harian dan juga tidak dapat kunafikan, tiada internet connection di rumah sewa menghadkan akses internet aku. Di saat jari jemari tangkas menekan keyboard untuk menterjemahkan perkara yang bermain di minda menjadi ayat untuk dibaca, aku kini berada di tengah lautan, Laut Cina Selatan di Miri. Berada di atas drilling rig untuk urusan on-job-training sebagai drilling engineer. Istilah bahasa Melayu ialah jurutera gerudi. Agak kekok dengan istilah pekerjaanku dalam bahasa Melayu 🙂 .

Tanggal 31 Ogos setiap tahun, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. Syukur tidak terkata kerana Malaysia bebas daripada pemerintahan penjajah asing. Aku sangat hargai usaha warga terdahulu berhempas pulas untuk meraih kemerdekaan. Usah aku ceritakan rentetan tuntutan kemerdekaan dengan teliti kerana aku pasti, sesiapa yang mengambil subjek Sejarah di sekolah pasti sudah hadam dengan topik ini. Ada fakta yang diceritakan dalam silibus sekolah, dan ada juga yang tidak diceritakan. Yang jelas, sekarang memang kita sudah merdeka.

merdeka1 (1)

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Detik 12 malam, laungan merdeka kedengaran di ruang udara. Namun, pernahkah kita terfikir apakah erti kemerdekaan sebenar? Jika sekadar kita katakan, “Ya, negara aku merdeka kerana diperintah orang tempatan,” “Malaysia merdeka kerana kita berhak mentadbir dan mampu memacu halatuju sendiri.” Adakah itu benar-benar merdeka? Sedangkan anak-anak muda yang dikatakan sebagai bunga-bunga bangsa ini sering rebah dek menurut hawa nafsu sendiri. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka hanyalah hiburan, keselesaan dan keseronokan. Pemimpin negara sendiri tidak mampu membimbing rohani rakyat. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memandu rakyatnya dalam urusan dunia dan akhirat. Merdeka sebenar adalah apabila kita keluar dari jahiliah, dan menjadikan agama Allah sebagai landasan dalam kehidupan kita.

Banyak lagi yang ingin aku nukilkan tapi sekadar ini yang mampu kupaparkan.

Selamat malam. Selamat menyambut hari kemerdekaan!

Saya sayang Malaysia…justeru saya mengharapkan Malaysia menjadi negara yang rakyatnya subur dengan keimanan dan ketaqwaan. 🙂

Advertisements

One thought on “Merdekakah kita?

  1. subhanaAllah, nukilan hebat dari laut cina selatan.. kalau panjang lagi , best.nak baca lagi..nak nak nak! 😛
    ps: comei molek background and new theme..so cute 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s